Tips Kecantikan Dalaman Wanita
1. Minum banyak air
-
Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam
atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang
toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar
kalori dalam badan. Senang bukan?.

2. Bersenam
-
Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun
satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit
tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali
peredaran darah.

3. Jangan merokok.
-
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang
tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab
merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org
memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?
4. Tidur yg cukup
-
Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan
utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan
mata lebam.
5. Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
-
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang
mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di
muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak
payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
-
Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik,
makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan
tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan
anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan
fast food semata-mata.

7. Manjakan diri
-
Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci
rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah!
Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan
melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang
wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai
energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress.
- Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy.
-
Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!!
Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka
-
Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan
memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan
di muka.
SAYA ADA PETUA-PETUA KECANTIKAN YANG BOLEH DI AMALKAN OLEH ANDA SEMUA.
1. Bangun pagi jam 5.30 pagi, jangan terus bangun, tetapi mengiring ke
kiri/kanan dan tekan tapak tangan ke tilam (jika mengiring ke kanan tekan
tapak tangan kiri, begitulah sebaliknya) dan bangun perlahan- lahan.
Lunjurkan kaki dan bongkok ke depan dan cuba capai jari kaki dengan
menghulurkan tangan.
Buat beberapa senaman ringan seperti yang diajar oleh beliau.
2. Minum segelas air masak dan baca Al- Fatihah dahulu dan minum.
Selepas mandi dan Solat Subuh, minum segelas lagi dan baca Al-Fatihah
dahulu sebelum minum dan sebelum pergi kerja (minum 3 gelas sebelah
pagi??Insyallah, puan-puan akan mendapat merasa segar dan bertenaga).
3. Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, selepas mencuci muka dan
memakai toner, sebelum memakai pelambab, sapukan SERUM dahulu supaya
liang-liang roma tidak terbuka luas. Apabila makan, makan satu senduk nasi
sahaja dan lebihkan sayur-sayuran hijau.
4. Semasa Period, hari pertama hingga kedua mandi dengan air suam dan minum
air suam. Sepanjang Period, jangan minum air bergas, kopi, nescafe, teh dan
jangan makan benda- benda sejuk seperti:
Kekacang, sayur menjalar, kobis, terung, taugeh, peria, bayam, kangkong,
makanan laut, Bawal Hitam, Ikan Kembong, Ikan Terubuk.
5. Jika perut berasa lapar, makan buah- buah yang manis.
6. Dalam seminggu makan ayam/daging, 2 kali sahaja, lebihkan makan ikan.
7 Amalkan MANDI SUSU, caranya :
· Beli susu segar dalam kotak (RM1.10)
· Sapu susu seluruh muka dan badan
· Biarkan kering
· Bilang dengan sabun dan air.
( Mandi susu boleh memutihkan dan menghaluskan kulit)
8. Seminggu sekali / Selepas Haid, MANDI REMPAH
· Halba )
· Jintan Manis )
· Jintan Putih )
· Kulit Kayu Manis ) Rebus dan tapis, campur air suam. Hampasnya
· Bunga Cengkil ) lumur pada badan dan airnya mandi pada bilasan
· Serai wangi ) terakhir.
· Daun Pandan )
9. MANDI BUNGA (Pada bila-bila masa)
· Bunga Ros 3 kuntum )
· Bunga Melor 3 kuntum ) Campur ke dalam air dan mandi pada
· Daun Pandan ) bilasan terakhir
· Serai wangi )
10. RAWATAN RAMBUT
* Sapu santan di kepala dan bungkus dengan tuala selama 20 minit. Jika
rambut berminyak, campurkan santan dengan limau nipis / asam jawa.
* Rawatan panas untuk rambut :
* Sapu minyak kelapa pada rambut. Celup tuala ke dalam air panas dan
bungkus kepala selama 10 minit.
· Untuk mewarnakan rambut, gunakan Inai serbuk, campurkan teh satu sudu
(jika inginkan rambut merah) dan campurkan kopi satu sudu (jika inginkan
rambut hitam). Bancuh dengan air panas. Bila telah sejuk pecahkan telur 1
biji dan kacau rata sebelum disapu ke rambut. Biarkan sekurang- kurangnya 4
jam untuk hasil yang memuaskan.
11. RAWATAN DI TENGKUK, BAWAH KETIAK, BELAKANG LUTUT, CELAH KELANGKANG DSB.
· Susu segar ( satu kotak) campur dengan badam / Oat dan gosok di
tempat-tempat tersebut setiap hari.
12. VITAMIN ? Ambil :
· EPO (Evening Primrose Oil ? Boleh dibeli di farmasi) ? Vitamin E
· Vitamin C
· Iron (Jika ada darah tinggi tidak digalakkan).
( Makan vitamin selepas makan)
RESEPI UNTUK KESIHATAN
Carrot Sandwich
· Rebus carrot, lenyekkan.
· Sapu sedikit mayonis dan carrot yang telah dilenyek pada roti.
Salad Sandwich
· Salad (Potong kecil-kecil)
· Sedikit mayonis
· Timun yang dihiris nipis
· Telor rebus
SEMOGA ANDA SEMUA DAPAT MENFAAT DENGAN APA YANG SAYA KONGSIKAN....